Wahai anakku!
Hendaklah engkau berdua mengingati akan tujuan sebenar perkahwinan yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya. Perkahwinan ialah ikatan kukuh bagi pembentukan sebuah keluarga dan pengkekalan zuriat keturunan manusia. Menerusi institusi keluarga ini terpikul amanah bagi pembinaan insan salih yang kelak akan menjadi pelanjut kepada risalah dakwah yang diwariskan oleh para anbiya' dan mursalin saw. Disinilah letaknya kekuatan Islam. Dari sinilah terbentuknya sebuah masyarakat Muslim. Insyallah.
No comments:
Post a Comment